Hanya sekadar Cinta

Sunday 4 November 2018

Salahkah aku?

بسم الله الر حمن الر حيم
   Keheningan malam telah membuat aisyah teringat pada akhi Iman yang kini sedang melanjutkan pelajaran di bumi Anbiya'. Telah 3 tahun Iman melanjutkan pelajaran, kerinduan aisyah kepada Iman makin hari makin bertambah namun dia hanya boleh memendam perasaan itu. Kenapa aisyah bertindak begitu? Kerana di antara Aisyah dan Iman tiada ikatan yang sah malah Iman tidak pernah tahu bahawa aisyah menyimpan perasaan terhadap dia.
    
  7458 kilometer jarak di antara mereka dari segi jasad tetapi jarak dari segi rohani hanya Allah mengetahui jauhnya. Ramai yang beranggap bahawa Aisyah sudah gila kerana mengejar cinta yang tidak pasti kesudahannya. Kegilaan aisyah seperti Majnun mengejar cintanya Laila. Ramai yang nasihat Aisyah supaya lupakan Iman tetapi Aisyah masih berkeras untuk mengejar cinta Iman. Aisyah beranggapan bahawa Iman adalah jodohnya, cinta sejati dan bakal suaminya dan tidak akan ada lelaki lain seperti Iman. Akhirnya Aisyah telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di sana demi mengejar cintanya terhadap Iman.

  Orang tua aisyah tidak setuju dengan keputusan aisyah itu kerana niat aisyah adalah mengejar cinta manusia dan bukannya mengejar kecintaan Allah Yang Maha Esa. Puas mereka menasihat aisyah supaya membatalkan niat dia namun semua itu tidak diendahkan oleh Aisyah. Aisyah berpendapat bahawa dia berhak untuk mengejar kebahagian dia sendiri walau sesusah mana pun. Orang tua Aisyah sangat risau dengan Aisyah tetapi Aisyah menyatakan bahawa dia tidak akan menyesal dengan keputusannya walau apa pun yang akan berlaku. Orang tua Aisyah terpaksa merelakan pemergian Aisyah. Namun Aisyah akan menyesali dengan kata-katanya itu....

 Setelah sampai di sana pandangan aisyah terpaku dengan satu kelibat yang melintas di hadapannya. Sememangnya dia mengenali susuk tubuh jejaka itu dan perasaan kebahagian telah memenuhi seluruh hati aisyah namun perasaan itu hanya seketika sahaja. Hati Aisyah hancur berkecai seperti hancurnya kaca berderai dan mustahil dicantum semula. Aisyah melihat Iman sedang berpegangan erat tangan seorang wanita yang lengkap berpakaian niqab. Kelihatan mata Iman memandang ke arah wanita tersebut dengan penuh kasih sayang, kelembutan dan kebahagian.

 Tiba-tiba pandangan mata Iman terpaku ke arah Aisyah. Dia terimbas kembali segala kenangan dia dan Aisyah. Tidak dinafikan Iman memang menyimpan sedikit perasaan terhadap Aisyah tetapi semua ini telah terlambat. Tidak terlintas dalam fikiran Iman yang Aisyah akan bertindak di luar jangkaan Iman sendiri. Iman memberanikan diri untuk bertegur dengan Aisyah namun Aisyah mengelakkan.

 Didalam keheningan malam kedengaran suara tangisan yang sayu di dalam bilik yang gelap. Tiba-tiba